Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, justeru guru perlu berkembang seiring dengan kemunculan Revolusi Perindustrian 4.0 dan tidak boleh lagi selesa dengan ilmu atau kedudukan sedia ada.

"Guru perlu sentiasa menambah pengetahuan dan memperkasakan ilmu untuk terus berada pada tahap yang lebih baik kerana mereka adalah sumber rujukan penting untuk generasi muda. 

"Murid atau pelajar perlu dididik berdasarkan zaman mereka menghadapi cabaran dunia hari ini dan masa hadapan agar sentiasa berdaya saing serta menjadi pelajar berjaya dan berilmu," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Guru peringkat negeri 2018 di sini hari ini. 

Sambutan Hari Guru bertema 'Guru Pemacu Transformasi Pendidikan itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Roslam Ibrahim, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Seri Md. Yunos Husin dan Pengarah Pendidikan negeri, Abu Bakar Sahari. - Bernama