Bagaimanapun, Ahmad Faizal yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata, projek tersebut perlu dipastikan memberi impak yang baik kepada rakyat selain kos yang setimpal.

"Kita dapati banyak projek yang telah ditangguhkan atau dihentikan terus.

"Dalam keadaan itu kerajaan negeri mengambil jalan supaya sentiasa berbincang dengan kerajaan persekutuan untuk seboleh-bolehnya teruskan apa juga projek yang telah diumumkan sebelum ini," katanya semasa menjawab soalan tambahan Dr. Ko Chung Sen (PH-Kepayang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14 di sini, hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Ahmad Faizal berkata, kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk memastikan peruntukan disalurkan mengikut perancangan kepada Perak.

Kepada pertanyaan tambahan Razman Zakaria (PAS-Gunung Semanggol) mengenai pembangunan tidak seimbang, Ahmad Faizal tidak menafikannya.

Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak termasuk penjawat awam dan para ADUN agar dapat menyalurkan maklumat untuk memastikan tiada rakyat yang tertinggal daripada menikmati pembangunan. - Bernama