Tindakan tersebut dipercayai didorong oleh permintaan Tommy semasa prosiding kes yang mahukan perbicaraan ke atas Najib dijalankan dalam bahasa Inggeris.

Apabila mengambil alih jawatan itu bulan lalu bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Tommy dikritik kerana didakwa kurang fasih dalam bahasa Melayu.

Tommy berdiri di depan puluhan wartawan dari pelbagai agensi media dan menyapa mereka ketika hendak memulakan sidang akhbar, namun sidang akhbar tersebut terganggu apabila ditenggelami dengan jeritan penyokong Najib.

Selepas beberapa minit, Tommy dan pasukan peguamnya beredar dari lobi mahkamah. - K! ONLINE