Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, sebagai 'orang tengah', kerajaan negeri akan mencari penyelesaian terbaik terhadap isu tersebut dan memastikan semua pihak terlibat berpuas hati dengan keputusan yang bakal dicapai minggu depan.

"Saya harap pihak terlibat bersabar kerana saya nampak semakin jelas (penyelesaiannya) selepas beberapa diskusi (dengan pihak terlibat) hari ini dan semalam.

"Seperti saya sebut, ia (penyelesaian) harus mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang dan jika semua pihak bersetuju, mereka harus melalui beberapa proses perundangan.

Kepentingan kerajaan negeri (sebagai orang tengah) hanyalah memastikan soal keamanan dan kestabilan rakyat," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Isu perpindahan kuil berkenaan mencetuskan rusuhan di kawasan rumah ibadat itu pada pagi Isnin dan Selasa lepas menyaksikan antara lain kenderaan serta bangunan dirosakkan dan seorang anggota bomba cedera parah akibat diserang perusuh. - Bernama