Penyanyi yang popular dengan lagu Aku Cinta Kamu itu bagaimanapun agak sedih kerana dia menjangkakan untuk mendapat keputusan lebih baik.

"Alhamdulillah saya mendapat keputusan yang agak baik sementara untuk subjek Matematik saya mendapat B dan Akaun adalah C +.

"Melihat rakan lain naik di atas pentas pelajar terbaik SPM membuatkan saya agak sedih, tetapi saya sudah mencuba yang terbaik, " katanya ketika dihubungi Kosmo!

Dalam pada itu Wani, 18,  menjelaskan, dia telah mendapat banyak tawaran biasiswa daripada beberapa buah kolej swasta.

Wani bagaimanapun mahu memberi fokus kepada kerjaya seninya pada tahun ini dan merancang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan pada tahun depan.

"Tahun ini fokus saya adalah untuj kerjaya nyanyian sahaja. Sekitar Julai saya akan mewakili Malaysia dalam pertandingan World Championship of Performing Arts dan pada hujung tahun saya mahu mencuba nasib di program  D'Academy Asia di Indonesia," ujarnya. - K! ONLINE