Kim Jong-hyun, 27, ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah apartmen servis di Seoul, menurut Yonhap tanpa memberikan butiran lanjut.

Stesen penyiaran YTN melaporkan bahawa penyanyi itu mendaftar masuk ke apartmen tersebut untuk dua malam dan dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh polis.

Setakat ini, polis belum memberi pengesahan lanjut berhubung kematiannya. - Reuters