Prolintas dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara satu lorong yang bermula hari ini akan berakhir pada 25 Ogos 2018 depan. 

“Langkah-langkah keselamatan seperti kawalan lalu lintas, pemasangan kon keselamatan, papan tanda amaran, penghadang plastik dan konkrit akan ditempatkan di kawasan berkenaan. 

“Di samping itu, Emergency Response Team (ERT) juga akan bertugas 24 jam bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Prolintas turut melaksanakan laluan kontra di Jalan Alam Damai, Cheras bermula di persimpangan Mandarina Court bagi memberi laluan kepada aktiviti pemasangan rasuk (beam) projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Pelaksanaan laluan kontra ini akan dilaksanakan pada 10.00 malam hingga 5.00 pagi bermula hari ini hingga 28 Julai 2018.

Dalam pada itu, pihaknya menasihatkan agar pengguna jalan raya berhati-hati dan mematuhi arahan kakitangan dan papan tanda di sekitar kawasan terbabit.

Orang ramai boleh menghubungi di talian bebas tol, 1-300-88-5522; Facebook, PROLINTAS Highways; Twitter, @myDASHofficial; Emel, [email protected] serta Laman web rasmi, www.mydash.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut. - K! ONLINE