Beliau berkata, antara punca ketidaktentuan ekonomi dunia itu adalah perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

"Mata wang banyak negara jatuh (disebabkan perang perdagangan), bukan Malaysia sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan hospital pakar jantung Cardiac Vascular di sini hari ini.

Katanya, prestasi ringgit sebenarnya lebih baik jika dibandingkan dengan mata wang dunia yang lain.

"Jika dibandingkan Malaysia dengan sesetengah negara, nilai mata wang Malaysia naik," katanya.

Pada penutup semalam, ringgit diniagakan pada 4.1020/1050 berbanding dolar AS daripada 4.0950/1000 pada Selasa.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama lain antaranya dolar Singapura, yen Jepun, pound British dan euro. - Bernama