Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, kedua-dua mereka berusia 20 dan 23 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi itu ditahan dalam satu sekatan jalan raya selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, mereka berdua disyaki penagih dadah sebelum anggota bertindak menahan kereta dan membuat pemeriksaan terhadap mereka.

“Pemeriksaan terhadap kedua-dua suspek tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.

“Anggota bagaimanapun menemui satu guni mengandungi daun ketum seberat satu kilogram di bahagian tempat simpanan barang di bahagian belakang kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Tambah Mohamad Zainal, siasatan lanjut mendapati daun ketum tersebut akan diproses sebelum dijual di dalam kampus tempat dia belajar di Lumut.

“Hasil soal siasat mendapati mereka berdua baru pertama kali terjebak dalam aktiviti proses dan menjual daun ketum.

“Saringan air kencing terhadap kedua-dua mereka mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine,” katanya. - K! ONLINE