Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, mangsa yang dikenal pasti sebagai Tham Kok Keong, 47, dilihat terjun ke dalam laut oleh saksi yang berada di atas sebuah feri lain yang berselisih di tengah perjalanan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menemui sebuah kereta jenis Honda City tanpa pemandu milik seorang wanita yang ditinggalkan di atas feri tersebut dipercayai dipandu mangsa.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan bermula pukul 8 pagi esok. - K! ONLINE