Perdana Menteri berkata demikian susulan kes dua wanita dihukum sebat enam kali di khalayak ramai di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada Isnin lepas setelah mengaku bersalah melakukan hubungan seks sejenis di dalam sebuah kereta di Dungun, 8 April lepas. 

"Amatlah penting kita menunjuk agama Islam ini bukanlah agama yang bengis yang suka menjatuhkan hukum-hukum yang berat yang mengaibkan orang," katanya ketika menyampaikan pandangan kerajaan Pakatan Harapan berhubung perkara itu melalui media sosial hari ini.

Beliau menegaskan ini bukan cara-cara yang digalakkan oleh agama Islam.

"Ini adalah pendapat Kabinet. Kerajaan dan kami berharap kita berhati-hati dalam mempamerkan Islam (seolah-olah) sebagai agama yang tidak ada tolak ansur, tidak ada bertimbang rasa," katanya. - Bernama