Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Ahmed Abdellatif Ahmed Khalil, 56, di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 27 Ogos depan untuk sebutan semula bagi mendapatkan seorang jurubahasa berbahasa Arab berikutan tertuduh memberitahu tidak memahami Bahasa Melayu dan Inggeris.

Tertuduh didakwa mencabul pelajar perempuan berusia 19 tahun itu di dalam bilik pensyarah terbabit di sebuah bangunan kolej di Nilam Puri pada pukul 12.15 tengah hari, 7 Ogos lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - K! ONLINE