Semasa kejadian, lelaki berusia 36 tahun yang menaiki motosikal berseorangan di Jalan Senambin-Dalapae, Daerah Benan Setar itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari ladang getah, apabila dia ditembak dua lelaki dari jarak dekat, pada kira-kira pukul 9.20 pagi (waktu tempatan).

"Lelaki itu mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di Hospital Benan Setar," menurut seorang jurucakap polis di sini.

Menurutnya, polis sedang menyiasat punca kejadian. - Bernama