Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi tersebut, suspek yang berusia 30-an terbunuh di lokasi kejadian kerana cedera parah.

Difahamkan, sebelum insiden berkenaan pasukan keselamatan yang menjalankan rondaan ternampak sebuah bot yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan di lokasi kejadian.

Menyedari dihampiri pasukan keselamatan suspek bertindak melepaskan tembakan lalu memecut laju bot tersebut.

Susulan tembakan itu pasukan keselamatan turut melepaskan tembakan ke arah suspek.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut memandangkan satu sidang akhbar khas berhubung kes itu akan diadakan di Ibu Pejabat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Lahad Datu pada pukul 2 petang ini. - K! ONLINE