Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, aksi suspek tersebut berjaya dirakam menerusi dua televisyen litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan. 

Siak masjid, Dzulkefli Arshad, 50, memberitahu, kejadian tersebut disedari oleh bilal masjid berkenaan kira-kira pukul 5.30 pagi ketika bersiap untuk melaungkan azan Subuh. 

Katanya, berdasarkan pemerhatian mendapati sebuah tabung telah dipecahkan kunci dan sebuah lagi tabung diumpil menggunakan besi.

"Berdasarkan CCTV mendapati penjenayah memasuki ruang utama solat masjid dengan memakai telekung yang dipercayai diambil dari ruangan solat wanita. 

"Suspek juga bertindak menolak CCTV ke arah atas di bahagian mimbar masjid sebaik menyedari kegiatannya dirakam," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini. 

Dzulkefli berkata, suspek bagaimanapun suspek tidak menyedari aksi jenayah itu terus dirakam melalui sebuah lagi CCTV di ruang solat utama dengan didapati penjenayah itu membuka telekung akibat kepanasan dan duduk di sebuah kerusi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, aksi suspek tersebut berjaya dirakam menerusi dua tele
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, aksi suspek tersebut berjaya dirakam menerusi dua televisyen litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan.

Jelasnya, dia tidak menolak kemungkinan suspek melakukan jenayah itu kerana menyangka wang tabung banyak susulan sumbangan orang ramai pada Solat Jumaat sebelum itu. 

"Sudah menjadi rutin saya mengeluarkan wang sumbangan orang ramai daripada tabung selepas Solat Jumaat. 

"Saya berharap penjenayah tersebut insaf akan perbuatannya yang mencuri di rumah Allah selain rezeki diperolehinya tidak diredhai Tuhan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian dengan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri. - K! ONLINE