Mayat mangsa, Nurnia Azalea Priscilla Edward, 26, ditemui oleh rakan sekerjanya yang pergi ke rumah berkenaan pada pukul 3 petang.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, panik melihat keadaan mangsa yang sudah tidak bernyawa, rakan wanita berkenaan kemudian menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, sepasukan anggota polis kemudian diarahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan lanjut.

"Berdasarkan maklumat rakannya, mangsa merupakan seorang penjawat awam dan bekerja di di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibu.

"Namun, mangsa dikatakan gagal dihubungi dan tidak turun bekerja sejak pagi tadi sebelum dia ditemui mati," katanya ketika dihubungi hari ini.

Stanley menambah, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk dibedah siasat.

Katanya, pasukan polis masih menyiasat dan mengesan suspek yang terlibat dalam kes berkenaan.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," ujarnya. - K! ONLINE