Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dolah dalam surat edaran yang dimuat naik dalam laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini berkata, bagaimanapun cuti tanpa rekod itu tidak diberikan kepada pegawai di negeri-negeri yang perayaan Good Friday ialah hari kelepasan am.

Perayaan Good Friday akan disambut oleh penganut Kristian esok. - Bernama