Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, bayaran bantuan khas itu akan dibuat pada 30 Mei ini.

"Bayaran sebanyak RM1,000 ini adalah membolehkan penjawat awam membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Jun depan," katanya.

Kata kenyataan itu, kelulusan bantuan khas tersebut dicapai dalam mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman di sini semalam. - K! ONLINE