Malah pada 2016 sahaja, SPA  menerima 1.56 juta permohonan bagi mengisi 25,046 kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh sektor yang dianggap sebagai tulang belakang dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan. 

Persepsi ‘kerja kerajaan gaji kecil’ tidak lagi menghantui graduan lepasan universiti untuk memilih sektor ini sebagai kerjaya, lebih-lebih lagi apabila kerajaan memperkenalkan pelbagai kemudahan dan insentif dalam memastikan kebajikan penjawat awam sentiasa diutamakan.

Imbuhan demi imbuhan terus diperkenalkan merangkumi kemudahan pelbagai jenis cuti, kenaikan gaji tahunan, kemudahan kesihatan, skim perumahan bagi penjawat awam dan bantuan pendidikan yang menjadikan penjawat awam kini antara individu paling bertuah.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, transformasi yang berlaku dalam perkhidmatan awam ketika ini disebabkan dasar tiga pihak yang diamalkan kerajaan yang membolehkan rundingan antara majikan, kerajaan dan pekerja berlangsung dalam suasana harmoni. - Bernama