Tertuduh, Mohd. Syamsul Jikan, 41, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Berdasarkan keterangan kes, bapa kepada enam cahaya mata itu menyalahgunakan kedudukannya sebagai penyelenggara stor di CCRC untuk mendapatkan suapan diri sendiri dengan melantik dan memilih syarikat miliknya, Emmy Stationery sebagai pembekal pelbagai barangan bagi pejabat CCRC di daerah Papar.

Sebanyak 30 pertuduhan disabitkan ke atas tertuduh mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Bagi pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan pula, Mohd. Syamsul berdepan dengan tiga pertuduhan melibatkan pemalsuan dokumen untuk tujuan kerja-kerja pembekalan di pejabat CCRC terbabit.

Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara bulan Januari hingga Oktober 2015. - K! ONLINE