Timbalan Menteri Kesihatan, Lee Boon Chye memberitahu Dewan Negara hari ini, ini termasuk kes yang dilaporkan di Pulau Pinang sebanyak 3,767 kes, Negeri Sembilan 2,388 kes dan Terengganu 875 kes.

Menjawab pertanyaan Senator Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin mengenai jumlah terkini mangsa yang menghidapi penyakit HFMD di seluruh negara,

Boon Chye berkata, hampir 89 peratus daripada kes yang dilaporkan membabitkan kanak-kanak berumur bawah tujuh tahun.

Sehingga kini kematian berkaitan HFMD yang dilaporkan kekal dua kes membabitkan kanak-kanak masing-masing di Sarawak dan Pulau Pinang. - Bernama