Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, peniaga sepatutnya mengambil perhatian tentang perkara itu dengan memastikan tiada kenaikan harga pada barangan yang dikecualikan SST.

"Ada kemungkinan berlaku kenaikan harga ke atas barangan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh peniaga yang memang tidak ada maklumat (SST).

"Kemungkinan kedua pula peniaga yang memindahkan kenaikan kos upah, borong, sewa pejabat, pengangkutan yang didakwanya kepada barang yang tidak sepatutnya dikenakan cukai tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Sentuhan Kasih Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Dewan KEDA Relau di sini hari ini.

Saifuddin pada masa sama mengakui tempoh yang diberikan kepada kementerian untuk menguar-uarkan tentang pelaksanaan SST tidak mencukupi. - K! ONLINE