Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 51 tahun mendakwa telah membuat persetujuan menyewa floating crane dengan seorang lelaki yang difahamkan pengurus syarikat pembekal.

Katanya, mereka mencapai persetujuan nilai sewaan jentera itu pada kadar RM250,000 atau RM750,000 sebulan sehingga projek selesai dan mangsa telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM100,000 pada 8 Mac lalu.

"Pada 10 April lalu, mangsa dan suspek telah bertemu dengan pengurusan tertinggi Pelabuhan Kuantan yang mana suspek mengakui tidak dapat menghantar floating crane itu ke pelabuhan pada 12 April lalu.

"Mangsa mahu suspek memulangkan semula wang pendahuluan itu, namun suspek memberikan pelbagai alasan dan masih tidak berbuat demikian setakat ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.  - Bernama