Daud, 51, berkata, pegawai kesihatan daerah Baling datang ke rumahnya pada Jumaat lalu dan menyerahkan surat kebenaran untuk membuka kembali premisnya di Kupang, Baling dekat sini yang diarah tutup sejak 8 Oktober lalu berikutan kes keracunan makanan.

"Saya bersyukur kerana gerai laksa kebok ini telah dibenarkan dibuka semula selepas diarah tutup sejak awal bulan ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, sebagai tanda kesyukuran, dia mengadakan kenduri di rumahnya pada semalam dengan kehadiran lebih 2,000 tetamu.

"Pelbagai hidangan istimewa dihidangkan termasuklah laksa kebok dan menu baharu yang akan dijual di gerainya iaitu laksa udang tertungging.

"Ramai orang kampung yang hadir selain saya turut menerima kunjungan tetamu tidak dikenali dari Kuala Lumpur yang datang hanya untuk merasai sendiri laksa kebok," ujarnya. - K! ONLINE