Menurut seorang pengusaha, Saifullah Abi Jamrah, 33, yang telah mengusahakan sawah seluas satu hektar selama 20 tahun, dia telah mengalami kerugian kira-kira RM6,000 kerana padi angin.

"Kebiasaannya, saya mendapat RM10,000 setiap kali musim menuai padi tetapi kali ini berkurangan hanya RM4,000 sahaja.

"Perancangan saya untuk berkahwin pada Mac tahun ini tidak terlaksana dan saya berharap pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dapat membantu mengatasi masalah ini supaya dapat mengurangkan kerugian yang dialami petani," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Padi angin merupakan jenis-jenis padi yang dikategorikan sebagai rumpai kerana bijinya mudah terlerai daripada tangkai.

Pokok padi angin hanya boleh dikesan semasa tanaman itu mula dituai. - K! ONLINE