Yang Dipertuanya, Che Ibrahim Che Ismail berkata, kenaikan harga itu perlu dipertimbangkan berikutan sudah 11 tahun tiada kenaikan harga tiket semenjak tahun 2008.

Katanya, pihak pengusaha kini terpaksa menanggung bebanan yang berat dari pelbagai aspek termasuk kenaikan kos gaji minimum pekerja sebanyak RM1,100.

“Sebanyak 15 pengusaha bas yang bernaung di bawah persatuan menanggung beban berkenaan selain perlu juga menaik taraf perkhidmatan bas dan penyelenggaraan kenderaan.

“Kami harap tiket bas dapat dinaikkan dalam kadar segera memandangkan pengusaha menanggung pelbagai kos yang tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran Penghayatan Wawasan Mutiara 2019 di Hotel Perdana, di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 158 ejen tiket dan pemandu diraikan sebagai tanda penghargaan.

Sementara itu, Che Ibrahim yang juga Pengerusi Eksekutif E-Mutiara berkata, syarikatnya akan menggunakan bas bebas karbon monoksida yang mesra alam.

“Pada tahun ini, kami akan keluarkan 24 bas baharu yang bebas sepenuhnya karbon monoksida dan 70 bas sedia ada akan dinaik taraf.

“Pihak kami juga merancang akan memperluaskan  perjalanan bas ke negara terdekat termasuk Thailand dan Singapura sekiranya mendapat kelulusan daripada kerajaan,” ujarnya. - K! ONLINE

Che Ibrahim (dua dari kiri) beramah mesra dengan penerima-penerima Anugerah Percapaian Cemerlang EjeChe Ibrahim (dua dari kiri) beramah mesra dengan penerima-penerima Anugerah Percapaian Cemerlang Ejen Tiket E-Muitara 2018 di Kota Bharu hari ini.