Perintah reman itu dibenarkan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kedua pasangan suami isteri masing-masing berusia 59 dan 52 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.40 pagi dengan menaiki dua buah kenderaan berasingan. 

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pengurus pembangunan perniagaan itu ditangkap bersama enam lagi ahli keluarga dan proksi menerusi operasi khas yang dijalankan serentak di beberapa lokasi berasingan di negeri ini dan ibu negara semalam. 

Sumber itu berkata, suspek lelaki terbabit disyaki menyalahgunakan kuasa dengan melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan kepada diri dan keluarganya antara tahun 2010 hingga 2017. 

“Syarikat-syarikat itu adalah milik isteri, anak, menantu dan proksi suspek yang dilantik bagi memberi perkhidmatan dan bekalan yang berkaitan dengan program serta kursus bernilai kira-kira RM5.4 juta,” katanya. - K! ONLINE