Beliau berkata, graduan yang menyertai aktiviti sukarelawan biasanya mempunyai sifat kepimpinan dan mudah untuk bekerja dalam kumpulan dan ciri-ciri itulah yang sering dilihat oleh majikan sebelum mengambil graduan berkenaan bekerja. 

"Masa kini sudah berubah, sesi pembelajaran bukan hanya boleh dilakukan dalam bilik kuliah," kata beliau kepada media selepas menghadiri Majlis Pelepasan 50 sukarelawan siswa Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) ke Luang Prabang, Laos, di Kementerian Pendidikan Tinggi di sini hari ini. 

Beliau berkata, penglibatan dalam tugas sukarelawan juga mampu mengajar pelajar bagaimana untuk mereka menghadapi dunia luar selepas tamat pengajian. 

Kamel berharap graduan yang menyertai aktiviti sukarelawan akan meneruskan penglibatan mereka ketika alam pekerjaan nanti dan seterusnya mungkin dapat memupuk minat rakan sekerja untuk mengikuti aktiviti terbabit. 

Seramai 50 siswa yang menjayakan Misi Sukarelawan ke Loas akan mula berangkat malam ini dan menjalankan aktiviti sukarelawan di negara itu selama dua minggu. - Bernama