Dalam kejadian pukul 11.55 malam, N. R Saravanan, 30, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala. 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Md. Asri A. Wahab berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Demak dalam perjalanan ke daerah ini dari Sungai Buloh. 

Bagaimanapun, katanya, mangsa dikatakan hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian. 

"Akibatnya, mangsa terbabas sebelum tercampak ke laluan bertentangan. 

"Proton Preve dipandu lelaki berusia 25 tahun dari arah bertentangan gagal mengelak sebelum menggilis mangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau menjelaskan, mangsa yang maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala kemudiannya dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE