Dalam kenyataan hari ini, SPAD menegaskan pendirian suruhanjaya itu terhadap pengawalseliaan sektor e-hailing tidak berubah dengan penggabungan tersebut.

"Pihak suruhanjaya akan terus memantau dan menyelia sektor e-hailing berdasarkan rangka perundangan dan polisi sedia ada agar industri ini mampu berkembang sejajar dengan medan persaingan sihat, tahap keselamatan operasi yang baik serta memastikan kebajikan penumpang dan pemandu sentiasa terpelihara," kata suruhanjaya itu.

Menurut SPAD,  badan itu akan memastikan industri teksi dan e-hailing akan beroperasi dan bersaing secara adil di bawah inisiatif Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme dan daya saing teksi konvensional.

Semalam, Ketua Grab Malaysia, Sean Goh berkata penggabungan itu dijangka dapat memacu syarikat  dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat. - Bernama