Pengarah JPN Kelantan, Muhammad Zahari Othman berkata, pengetua wanita berkenaan ditukarkan melalui satu surat arahan yang dikeluarkan bertarikh 18 Julai 2018.

“Arahan tukar tempat bertugas ini dikeluarkan untuk memberikan ruang kepada beliau berehat dan bertenang ketika menerima tekanan tersebut.

“Pada masa sama, ia juga bagi meredakan keadaan dan memberi ruang kepada JPN untuk menjalankan siasatan ke atas segala dakwaan yang dibuat terhadap beliau,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, arahan pertukaran itu berkuat kuasa hari ini, namun sehingga tengah hari tadi pengetua tersebut masih belum melaporkan diri.

“JPN akan terus siasat perkara ini dan buat masa sekarang tugas serta tanggungjawab pengetua sekolah berkenaan diserahkan kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,” katanya. - K! ONLINE