Perintah reman itu dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wab Ab. Karim @ Isa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek berusia 38 tahun ditahan sewaktu memberi keterangan di pejabat agensi itu cawangan Terengganu di sini pada pukul 5.30 petang semalam.

"Siasatan melibatkan tuntutan berjumlah lebih kurang RM500,000 yang dilakukan suspek terhadap Pejabat Tanah dan Daerah Setiu pada Mei tahun lalu.

"Tuntutan perbelanjaan berkaitan 32 program di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Permaisuri yang dituntut suspek itu dipercayai tidak pernah dilaksanakan," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE