Menerusi satu kenyataan, walaupun laporan yang dikeluarkan oleh pasukan tersebut tidak menyebut Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang kini dikenali sebagai CAAM menyebabkan insiden tersebut namun terdapat penemuan yang menunjukkan pegawai yang ditugaskan untuk menyelia operasi Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATSC) pada hari kejadian tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Oleh itu, dengan penuh kesal dan pertimbangan sewajarnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan Pengerusi CAAM, berkuat kuasa 14 hari daripada tarikh notis yang diberikan hari ini.

"Sepanjang empat tahun lalu, saya sudah berusaha sebaik mungkin untuk membantu operasi pencarian MH370 dan bertekad untuk merungkai misteri malang ini seperti yang dijanjikan kepada waris mangsa. Dukacitanya, saya terpaksa berundur dalam keadaan seperti ini," katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh CAAM hari ini.

Dalam pada itu, Azharuddin berkata, beliau memohon maaf kerana gagal untuk meneruskan perkhidmatannya dan menyifatkan pengalaman selama 40 tahun dalam industri penerbangan adalah satu penghargaan terbaik dalam hidup beliau.

"Industri penerbangan sentiasa ada dalam kehidupan saya sejak dari kecil lagi dan ia akan terus kekal sehingga sepanjang hayat saya," katanya. - K! ONLINE