Menterinya, Lim Guan Eng berkata, ia perlu bagi mengatasi masalah syarikat-syarikat telekomunikasi yang menghadapi kesukaran untuk mengubah sistem mereka dengan segera.

"Kaedah lain akan diumumkan kemudian untuk syarikat-syarikat telekomunikasi agar kerajaan tidak kerugian dalam usaha memastikan pelanggan mendapat nilai penuh bagi bayaran kad prabayar yang dibuat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengecualian itu berdasarkan kepada Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan berkuat kuasa mulai 6 September 2018.

"Melalui pengecualian ini, pelanggan akan mendapat nilai kredit penuh apabila membuat tambah nilai dan tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan," katanya.

Semua syarikat telekomunikasi perlu mengambil tindakan segera bagi  mematuhi penetapan pengecualian cukai perkhidmatan itu. - Bernama