Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nurcahaya Arshad menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd. Azmin Lidin, 29, selepas berpuas hati dengan bukti mensabitkan pertuduhan terbabit.

Mohd. Azmin yang memakai baju biru sekadar menahan air mata dan sempat mengukirkan senyuman sepanjang keputusan dibacakan di hadapannya.

Tertuduh didakwa membunuh sehingga menyebabkan kematian terhadap Yaccob Nasran, 18, pada 15 Disember 2016 antara pukul 3.30 hingga jam 4.30 pagi di luar bangunan dekat Siam Thai Bar, Jalan Asia City, Star City, di sini.

Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh boleh didakwa mengikut  Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori hingga mati.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Gan Peng Kun manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Rakhbir Singh.

Mahkamah juga menetapkan tertuduh dibawa ke satu lokasi dia akan digantung.

Turut hadir di pekarangan mahkamah ialah keluarga mangsa yang mengalirkan air mata tatkala tertuduh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. - K! ONLINE