Perintah reman itu dikeluarkan oleh Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy di Mahkamah Majistret di sini selepas menerima permohonan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Hasleezam Sabarudin.

Pegawai kanan berusia 37 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Terdahulu suspek yang memakai baju-T berwarna kelabu tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.10 pagi sebelum keluar kira-kira sejam kemudian.

Menurut sumber SPRM, suspek yang bertugas sebagai pegawai pemerintah di sebuah kapal APMM itu dipercayai menerima wang rasuah seorang berjumlah RM4,000 hingga RM9,000 daripada tauke bot sebagai balasan untuk melepaskan bot-bot nelayan asing yang menceroboh perairan Terengganu.

Kata sumber itu lagi, suspek turut disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram hasil daripada kegiatan rasuah tersebut. - K! ONLINE