Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Johor Bahru, Nur Hidayah Manaf bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan dibawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Pengasuh kepada mangsa, Haraz Mohd. Hafez itu tiba di Bilik Reman Kompleks Mahkamah Majistret dan Sesyen di sini kira-kira pukul 11 pagi diiringi peguam bela Mohd. Salleh Tugimin.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang bayi meninggal dunia dipercayai tersedak susu ketika berada di rumah pengasuhnya di Jalan Merdeka dekat Kampung Melayu Majidee di sini, petang kelmarin.

Menurut bapa mangsa, Muhd. Hafez Mohamed, dia mendapat panggilan daripada pengasuh kira-kira ‪pukul 2‬ petang yang mendakwa anaknya, Haraz tidak sedarkan diri sebelum bergegas ke rumah pengasuh anaknya itu.

Bayi malang itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas di hantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan “aspiration Pneumonia” iaitu disebabkan susu masuk ke bahagian paru-paru mangsa sekali gus membawa kepada kekurangan oksigen. - K! ONLINE