Tertuduh, Martini Marjono, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya  dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin. 

Tertuduh didakwa menganiaya mangsa dengan cara memberi susu panas sehingga menyebabkan lidahnya melecur di  Taman Desa Duyong di sini pada pukul 10.30 malam, 6 Jun 2017. 

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM50, 000 atau kedua-duanya dengan tambahan bon berkelakuan baik selama tempoh atau syarat yang difikirkan patut oleh mahkamah dan melaksanakan khidmat masyarakat.

Mohd. Nasir membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 September depan untuk sebutan semula kes. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mazuin Hashim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - K! ONLINE