Tertuduh, Loh Sim Seng, 56, dan rakannya Ong Peck Hwee, 55, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurulhuda Zakariya.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga keempat, kedua-duanya didakwa memiliki dadah jenis ketamin dengan berat bersih 0.31 gram, Erimin 5 (0.02 gram) , syabu (2.49 gram ) dan ekstasi (0.45 gram).

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum mengikut Seksysn 12 (3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kelima, kedua-dua tertuduh didakwa memiliki dadah jenis syabu anggaran berat 27.05 gram pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Dakwaan kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39 A (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan maksimum lima sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Chin Lee Jy manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, Maurice Scully.

Mahkamah membenarkan kedua-duanya diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin. Masing-masing membayar denda itu.

Tarikh 11 Jun depan ditetapkan untuk sebutan semula kes. - K! ONLINE