Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, mengalami kecederaan.

Adiknya, Faizol Rohban Ahmad berkata, kejadian itu diketahuinya selepas menerima panggilan daripada abang iparnya.

"Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak cedera teruk.

"Setengah jam selepas itu, dia maklum bahawa kakak sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, kakaknya keluar dari rumah di Kampung Paloh pada pukul 8 pagi tadi bersama suaminya.

Difahamkan, mayat Faziani dibawa ke Hospital Pattani, Thailand. - K! ONLINE