Program yang berlangsung di Dewan Anggerik, Bangunan UMNO Shah Alam itu disaksikan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah.

Selain itu, turut melafazkan ikrar tersebut ialah ahli daripada Persatuan Nelayan negeri Selangor.

Zulkarnain dalam ucapan menegaskan pihaknya sentiasa berhadapan dengan risiko dalam melaksanakan proses perolehan kewangan serta proses kerja yang menjurus kepada jenayah rasuah.

"Kita yakin melalui IBR ini adalah satu pendekatan yang terbaik masih memastikan agensi ini bebas daripada amalan rasuah serta salah guna kuasa," katanya. - K! ONLINE