Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis berjaya mendapat perintah reman itu daripada Hakim Mahkamah Seksyen, Rusita Md. Lazim.

Kedua-dua suspek lelaki masing-masing berusia 44 dan 39 tahun itu tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kangar kira-kira pukul 10.30 pagi hari ini dengan diiiringi pegawai SPRM Perlis.

Media melaporkan, SPRM Perlis telah menahan seorang seorang doktor yang merupakan Pengarah JPV Perlis kerana telah menyalahgunakan kedudukannya dengan terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa.

Suspek didakwa telah meluluskan lesen 'Perladangan Unggas dan Aktiviti Lain' atas nama dua syarikat yang dikatakan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

Turut ditahan bagi membantu siasatan lanjut ialah pemilik sebuah syarikat.

Menurut sumber, pengarah tersebut telah menerima suapan iaitu dengan menduduki rumah sewa milik pemilik syarikat tersebut tanpa membayar duit sewa sejak November 2016 hingga November 2017 yang dianggarkan sebanyak RM9,600.00.

Pengarah JPV Perlis itu ditahan mengikut Seksyen 16(b)B Akta SPRM 2009 sementara pengarah syarikat itu disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - K! ONLINE