Majistret Cindy Mc Juse Balitus membenarkan pengarah JPDS terbabit dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 tanpa deposit bersama dua penjamin rakyat tempatan. 

Sementara itu, dua pengarah kontraktor pula masing-masing dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dan deposit RM8,000 bersama dua penjamin rakyat tempatan.

Ketiga-tiga individu tersebut juga diminta melaporkan diri ke pejabat SPRM sebulan sekali sehingga kes selesai.

Terdahulu, tiga suspek berusia antara 40-an hingga 50-an berkenaan direman bagi membantu siasatan salah laku rasuah mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Mereka disiasat kerana dipercayai memberi rasuah kepada penjawat awam melibatkan penyelenggaraan kapal yang berlabuh di Pelabuhan Sabah antara tahun 2016 hingga 2018.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Faliq Basiruddin manakala pengarah JPDS tidak diwakili peguam. - K! ONLINE