Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor dalam satu kanyataan sebentar tadi berkata, turut mengalami kecederaan ringan ialah adik lelaki suspek berusia 18 tahun yang cuba meleraikan pergaduhan itu apabila dibaling dengan sebuah kerusi plastik.

Menurut Noorzainy, siasatan pihaknya mendapati lelaki berusia 35 tahun itu bertindak sedemikian ke atas ibunya yang berusia 65 tahun kerana tidak memberi wang seperti diminta di samping lewat menyediakan sarapan.

Menurutnya, suspek yang ditahan sejurus bertindak sedemikian didapati mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan negatif ujian air kencing. 

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - K! ONLINE