Hakim Johari Hassan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd. Fairus Sauti, 32, mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan terhadapnya.

Hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 26 Julai lalu.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Fairus didakwa pada 25 Julai lalu, pukul 7 pagi di sebuah rumah di Jalan Stadium Utama, Kangar telah merompak seutas rantai leher yang berwarna kuning kecemasan milik isterinya berusia 30 tahun.

Selain itu, tertuduh turut didakwa membawa lari sebuah kereta Perodua Axia berwarna biru.

Mohd. Firdaus didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat.

Sesi pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Amril Johari sementara tertuduh tidak diwakili peguam bela. - K! ONLINE