Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, ia bagi memastikan kelancaran perbicaraan tersebut selain menghormati peraturan yang telah ditetapkan di Mahkamah berkenaan.

"Saya harap pengamal media mampu menjaga tingkah laku dan tidak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

"Selain itu, keadaan terkini di kompleks mahkamah berada dalam terkawal dan kita juga telah menempatkan anggota polis secukupnya," katanya di sini hari ini. - K! ONLINE