Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, lelaki yang berusia 60 tahun itu turut diberkas dan rokok pelbagai jenama bernilai RM19,660.20 dirampas.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khui Khon Chiang berkata, kejayaan menggagalkan cubaan menyeludup rokok tidak bercukai itu adalah hasil risikan dan siasatan sepasukan anggotanya menerusi Ops Landai yang dijalankan.

"Kita berjaya mengesan pergerakkan suspek hasil risikan dan intipan pihak kita sebelum melakukan serbuan di rumahnya di Felda Tenggaroh, Mersing.

"Hasil pemeriksaan ke atas rumah peneroka Felda ini kita menemui kotak berwarna coklat mengandungi sejumlah 151 karton rokok seludup bernilai RM19,660.20 di dalam tandas rumahnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khon Chiang berkata, rokok yang disita dan lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing untuk proses dokumentasi serta siasatan.

Jelasnya, kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967. - K! ONLINE