Katanya, minat dalam kalangan pelancong Indonesia untuk melawat pulau ini semakin meningkat dari setahun ke setahun berikutan promosi yang menarik dibuat tentang keunikan Langkawi.

Setakat ini, penerbangan terus dari Indonesia hanya melibatkan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang diusahakan oleh syarikat Air Asia dan City Link, anak syarikat Garuda Air.

"Kalau ada direct flight (penerbangan terus) ke Langkawi mungkinlebihsukalagi mereka(pelancong Indonesia untuk datangmelancong)," katanya selepas menghadiri promosi makanan dari Bogor, Indonesia pada majlis berbuka puasa anjuran Adya Hotel Langkawi di sini.

Beliau berkata, hubungan sejarah yang panjang selain kedudukan sebagai negara berjiran menjadikan destinasi-destinasi pelancongan di Malaysia menjadi pilihan dalam kalangan rakyat Indonesia. - Bernama