Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, langkah itu antara usaha untuk membendung kejadian lemas yang kerap berlaku di pusat-pusat rekreasi di negara ini.

"Perkara ini telah dibawa kepada Kabinet dan perbincangan itu akan diadakan tidak lama lagi," kepada pemberita  selepas merasmikan program APM Bersama Komuniti dan Kenduri Rakyat di Masjid Ibnu Taimiyyah, Tambung Tulang di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa ini anggota APM ditempatkan di beberapa pantai terpilih di seluruh negara untuk memantau kejadian bencana.

Pada majlis itu yang turut dihadiri Ketua  Pesuruhjaya APM, Mejar Jen. (B) Datuk Azmy Yahya, Shahidan menyampaikan watikah pelantikan dan kenaikan pangkat kepada 54 orang terdiri daripada ketua jabatan dan pegawai APM.

Antara yang menerima watikah pelantikan  ialah Ketua  Wanita UMNO Bahagian  Arau Datuk Shamsiah Mohd Yassin sebagai Kolonel Bersekutu (PA). - Bernama