Seorang suri rumah Norizan Mahadi, 58, yang menetap di Taman Seri Ulu Bendul, Kuala Pilah sejak 17 tahun lalu berkata, keadaan sejuk di kawasan ini bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan kediamannya berdekatan dengan gunung, namun fenomena sejuk yang berlaku sejak empat hari lepas, ternyata agak luar biasa.

“Cuaca sejuk sejak empat hari lepas merupakan pengalaman pertama sejak saya menetap di sini sehingga tidak perlu memasang kipas di siang hari.

"Ketika waktu malam pula, suhu lebih sejuk berbanding waktu siang dan dinginnya terasa seakan berada didalam peti ais,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, pemandu teksi Md. Tahir Md. Derus, 46, berkata, keadaan berkabus di sekitar kawasan Kuala Pilah pada kali ini adalah luar biasa apabila bukan bersifat sementara sebaliknya kabus sepanjang masa. - Bernama